Saya pergi mencandat sotong 2 hari lepas. Itu kali ke-4 saya ke laut mencandat sotong. Kami bertolak pukul 6.30. Sewa bot, RM500, complete dgn jaket keselamatan dan alat2 mencandat. Kali ni ombak sangat kuat, tak macam yang sebelum2 ni, air tenang je. Saya pulak nak try TAK makan ubat mabuk laut kali ni. Haha. Akibatnya, muntah 2 kali. Tapi dapat jugak la sotong 2-3 ekor. Yang sedihnya, brader bot tu cakap, lepas muntah baik baring dulu. Saya pun baring la, tido kejap. Ingat kul 12 camtu nak bangun mula mencandat semula. Tapi bangun2, enjin bot dah start dah, masa tu kul 12 lebih. Rupa-rupanya kitorang terpaksa balik awal sebab nampak macam nak ribut. Brader bot tu pun dah cuak dah. Hmm, biasanya lepas subuh baru bertolak balik. Kalau tak mesti dapat berpuluh kilo sotong. Tapi kitorang dapat la jugak dekat 5 kilo sotong. Keesokannya, kitorang bakar! wahaha. best2 nyum2!! Cicah cili sos!
Here's some tips for those interested in squid fishing:
Here's some tips for those interested in squid fishing:
- Musim mencandat biasanya around march-september. Tapi sebaik-baiknya ialah dlm bulan april - jun.
- Sebaik-baiknya pergi sewaktu bulan cerah. Sotong suka cahaya.
- Untuk yang rasa dia akan mabuk laut, bolehlah beli ubat mabuk laut di mana2 farmasi. Makan 1-2 jam SEBELUM naik bot. Jangan beli ubat mabuk darat plak tau! Check betul2.
- Ada juga yg cakap untuk elakkan mabuk, minum air bikarbonat byk2 sebelum naik bot, utk buang angin dlm perut. (tapi tak tau la berkesan ke tak)
- Elakkan makan selepas zohor, nanti lebih cenderung untuk muntah. Have ur lunch during lunch hour, k.
- Mencandat sangat mudah, tak perlu umpan hidup pun. Budak kecik pun boleh buat. Tapi kena faham konsep. Candat tu luminescent, dengan kata lain, glow in the dark. Sebab sotong suka cahaya. So, setiap kali sebelum buang candat tu ke laut, pastikan ianya sudah mendapat cahaya mencukupi. Setiap bot candat dilengkapi dengan lampu spotlight, sangat terang, jgn bimbang. Atau sekiranya anda rasa ianya tidak mencukupi, bolehlah bawa torchlight sendiri. hoho.
- Akhir sekali, ingat, mencari rezeki di laut bukanlah mudah. Sebenarnya bergantung kepada rezeki masing2 juga. Ada yg dapat byk, ada yg dpt sikit. Berdoalah moga dimurahkan rezeki. Jangan malu bertanya juga ya.
Selamat mencandat!
15 comments:
Bro, once I'm back, ajar Ati tukar tayar kereta ya. :)
mula2, kita kena pancitkan tayar tu dulu :p
candat ke candak?
ape maksud both tu?
mcm pancing ke?
isk2 moon xtau
great, boleh paksa g candat sotong sbg hadiah drpd presiden kpd exco2 ngeh2
nabihah sangat betol! cam best je candat menyandat nih~
**moon**
'candak sutong' tu ialah sebutan candat sotong dalam loghat terengganu / kelantan. Dan mencandat ni kiranya mcm memancing sotong la. Tapi 'umpan'/mata kail yang digunakan tu dipanggil 'candat'.
**nabihah & szakif**
Tunggu saya kerja esok2 ek, i'll rent a boat for us! tapi nanti jangan ada yang muntah2 plak :p
oo.. cam tu ke candat ni.. fyi, ni la 1st time saye mengetahui word candat ni sepanjang sy skola dr drjh satu sampai abes uni... em, bc blog lutfi memberi byk ilmu pengetahuan berguna.. yes!!
Wpun bkn exco sciencess, nak menyibuk gak. Wei, nak rasa gak sotong bakar.
**moon**
ni la satu-satunya entry yg memberi manfaat :p yg lain semua merapu je. hoho
**arshana**
jom ah kita gi candat before awak fly! but i doubt your parents wud allow you to...
blum pnah candat sotong, tapi penah angkat bubu sotong, ni kaedah tangkap sotong kat kedah....
bukan malam, tapi siang...."bubu sotong"
Wooo... Confident sungguh sy akan ke Jepun. Time kasih, time kasih. Nnt jgn lupa hntr sy kat airport eh. :p
Knp plak parents tak bg? Lgpun diorg xtau candat sotong tu ape. What they don't know, won't hurt them. :)
**fauzan**
pojan, bila musim membubu sotong kat kedah? nak pegi!! tak kisah la apa cara pun janji dpt sotong bakar or sotong sumbat!
**arshana**
insyaAllah kalo ada transport ke atau apa2 yg memudahkan utk saya pegi.
Serius nak gi candat sotong? how bout april next year? tu pun kalo awak tak fly lagi la
Knp April plak? Lama sgt la. Buat skali dgn road trip kita tu ke. After grad. :)
**arshana**
oi oi, ingat sesuka hati je ke. Mencandat ni ada musim la. Baca betul2 entry ni. gila apa nak gi akhir tahun. Kena telan ngan ombak saje je. Musim tengkujuh la cik adik!
kedah tak der acara "bubu sotong " lah
rasernyer...biler2 jer ader mende tu
Post a Comment