Kali ini aku ingin berbahasa Ibunda. Iya. Melayu. Kadangkala aku lebih suka berbahasa Melayu memikirkan perkara-perkara hidupku. Aku erti pelbagai bahasa. Yang paling lembut bagi lidahku semestinya Melayu. Fasih pula dengan loghat Terengganu asal tempatku, dan juga Kelantan asal orang tuaku. Dididik sejak kecil untuk berbahasa penjajah, inggerisku boleh dikatakan baik. Bersekolah cina pula enam tahun, hasilnya tidaklah mengecewakan. Selepas itu bersekolah agama, lughah arabiyah juga ada di dadaku.
Bukanlah bahasa tujuanku menulis. Ini bukan blog pendidikan. Catatan kali ini, cuma ingin menyatakan penat. Luahan rasa setelah lama kamar ini bersawang tanpa tamu. Manakan tamu ingin bertandang kiranya rumah tidak bertuan? Lama-lama ada jembalang :p
Lebih 4 bulan blog ini kosong. Aku banyak kerja. Mungkin juga, aku banyakkan kerja? Haha. Sinis sedikit.
Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh ini. Susah. Susah kiranya nekad diri untuk menjadi anak yang baik, adik yang baik, abang yang baik, kawan yang baik, pemimpin yang baik, pengikut yang baik, kekasih yang baik dan sudah tentu, muslim yang baik. Banyak hati perlu dijaga. Penat. Separuh hidupku menjaga hati orang. Hati sendiri tidak terjaga :p Moga Allah sayang aku.
Bukanlah maksud hati ini tidak suka. Aku suka apa yang aku lakukan. Sangat suka. Bahkan seronok. Bagi aku, hidup manusia tidak bermakna kiranya hidup semata untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi buat orang-orang yang aku sayang, terasa roh dan jasad ini boleh dipotong dan dibahagi-bahagikan, tidak mengapa, mereka bahagia :) Soalnya, berapa banyakkah aku yang boleh dibahagikan? Sedang aku menulis ini pun, wajah-wajah yang aku sayang makin bertambah, adakah lagi diriku untuk dibahagikan? Ada pula yang mahukan lebih. Aku rasa bersalah. Aku sayang mereka semua. Yang aku ada hanyalah sekeping hati, satu jasad, satu roh.
Ingin baring di pantai putih. Ingin baring di rumput lembut. Ingin baring di pokok rendang. Ingin baring di bawah hujan. Tanpa satu pun kerisauan. Masa untuk hati aku sendiri. Masa untuk diri aku sendiri. Masa untuk jiwa aku semata. Haha. Mungkin anganku tidak akan berjawab.

3 comments:
akan berjawab. Tuhan Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa -dyh
**dyh**
harap jawapanNya melalui dyh :)
**nurul**
ameen. dada ini tenang saja. Kalau ditikam pun luka sebentar sahaja :)
hoho, mcm wolverine.
owh akhirnya merasa juga aku membaca kemasukan terbaru disini. arakian sangatlah rindu akan hati ini menunggu tibanya warkah lengai dari pemimpin ku ini..
sabar luppi, hidup ini penuh dugaan~ :D
Post a Comment